Something About Ego State

Selalunya orang bercakap bahawa apabila s3eorang itu sombong, orang akan menggelarkannya "ego person". tapi cuba tengok kat bawah ni....

PENTAFSIRAN KONSEP EGO STATE

1) Ibu bapa Kritikal(KP)

Selalu menegur, memberi nasihat, menuduh, menilai, mengawal dan menuntut.
Sentiasa merasakan dirinya saja betul, sukar bertolak ansur Melihat orang lain tidak berupaya dan tidak betul. Mengerutkan dahi, menggeleng-gelengkan kepala, bercekak pinggang, menggoncang-goncangkan jari telunjuk, berpeluk tubuh, memandang garang, menghentak kaki dan memasamkan muka. Selalu menggunakan perkataan jangan, mesti, itu salah/betul, saya lagi tahu dan sebaginya.


2 Ibu bapa Pengasih(NP)

Selalu melindungi, membimbing, membantu, mengambil berat, memahami dan sebagainya. Selalu cuba memahami orang lain, membelai, memberi peneguhan, memahami, menyokong dan sebagainya. Selalu senyum, membuka tangan, memeluk, mengusap, membelai, mengambil berat, menepuk bahu dan sebagainya. Kata-kata galakan seperti cuba lagi, jangan risau, jangan putus asa, baik, saying dan sebagainya.

3. Dewasa(A)

Selalu cuba menyelesaikan masalah, berfikir sebelum bertindak, mendapatkan maklumat, membuat keputusan dengan objektif. Tidak emosional, sentiasa membiat pertimbangan, rasional, terbuka dan sebagainya. Mendengar dengan aktif, sabar, tidak mendesak, cergas, bersedia, yakin, dan tidak defensif. Selalu menggunakan perkataan bagaimana, apa, sebab, kerana, hasilnya, cadangan lain dan sebagianya.

4. Kanak-kanak Bebas(FC)

Selalu bertindak impulsive, spontan, kreatif dan tidak terlatih, mengelak kesedihan, dan mempertahankan diri. Suka berseronok, ingin tahu, mudah kecewa, marah, merajuk, melawan dan menentang. Ketawa, bergurau, main, menangis, mengusik, marah, merajuk, mencebik bibir, mengasingkan diri. Selalu menggunakan perkataan saya hendak, saya suka, saya boleh dan sebagainya.

5. Profesor Kecil(LP)

Pintar, berfikir sendiri, kreatif, bijak memikat dan sebagainya Bebas, tidak terkongkong, dan lepas daripada tanggung jawab Suka manipulatif, menunjukkan simpati, memujuk, mementingkan diri sendiri. Selalu menggunakan perkataan saya boleh, saya suka dan sebagainya.

6. Kanak-kanak Patuh(AC)

Selalu kelihatan patuh, takut, rasa bersalah, cepat minta maaf. Tidak selamat, bergantung, berhati-hati dan penakut. Mengikut, menundukkan kepala/mata, menggigit bibir, memain-mainkan jari. Selalu berkata tunjukkan saya, tolong saya, lindungi saya, jangan tinggalkan saya