Book About Christmas...

Nowadays, children has forgotten the habit of reading story books. My experience tells me that it is a need for a children to read a book - as my sunday school does to us long time ago. Nevertheless, we can make or at least ask them to read. Can't we? If you want your children to read the books that enthralled you in your childhood then why not keep one of the Christmas classic books in their stockings on the night of the Christmas Eve? The classic books, written on the theme of Christmas, are not only for children but everyone from any age group would enjoy reading those classics.

Here is a list of my favorite Top Five Christmas story book ever written.

A Christmas Carol by Charles Dickens

This is my all time favorite. I don't know how many times I read it but still I enjoy reading it.This famous story by Charles Dickens is about the miser Scrooge who does not believe in celebrating Christmas or enjoy company of any relation. The only concern of his life was having money, money and more money. On Christmas eve, the ghost of his former business partner visits him and warns him of the dire consequences that he will face for his miserliness and contempt for everyone. Then Three spirits of Past, Present and Future came to him and forced him to have a vision of Scrooge's past, present and future life. It was an eyeopening lesson for him and he changes into a kind-hearted, generous and cheerful person and embodied the true spirit of Christmas in his life.

Letters from Father Christmas by J.R.R. Tolkien

Let me be honest. I am not a big fan of Tolkien but I loved this book. This book is about the letters of Father Christmas describing the life and people in North Pole.

The Polar Express by Chris Van Allsburg

This is book written in 1985 and won the Caldecott Medal for best illustrations. It is story of a young boy, who, while waiting for Santa's sleigh on the night of Christmas Eve, actually takes a trip to North Pole along with other children. Santa gives him a bell but the boy lost it. In the morning, the boy and his sister finds the bell wrapped as a gift under the Christmas tree of their house. While both the children can hear its beautiful chimes, their parents could not do so and thought it to be broken. However, most of the friends of the siblings can hear the sound of the bell. But with years, it fell silent for all of them except the man who got it in his childhood.

How the Grinch Stole Christmas by Dr. Seuss

This is one of the most famous children's story on Christmas and Grinch is probably the most popular villain in the Christmas stories. This book, written in rhymed verse, along with the illustrations, is about the bitter creature Grinch living in a cave. Being envious of the mirth and joy of the warm -hearted Whos of Whoville during Christmas, Grinch decided to spoil their Christmas festivity. He stole all the presents and decorations to"prevent Christmas from coming" but still found Christmas has come. He realizes that Christmas is something beyond gifts and decorations and it is to be celebrated with love, joy and harmony. The heart of Grinch enlarged and after returning the gifts to the Whos, he was warmly welcomed to the their community.

The Best Christmas Pageant Ever by Barbara Robinson

This Barbara Robinson book is a hilarious tale of the chaos and craziness that happened when Grace Bradley, the protagonist of the story, tried to stage a Christmas Pageant with the misbehaved Herdman kids. It was through this play that the kids learnt the true meaning of Christmas and it was the best pageant ever of their place.

So I have given my reviews of my favorite books on Christmas. If you haven't read any one of these, then during the holidays, why don't you pick one of them and spend a cozy afternoon in the blanket reading it. You will enjoy- it's my guarantee.

Merry Christmas N A Happy New Year 2010

This christmas seems to hard for me as i can't back home for christmas.My lecturers wants to have a lecture around that time of christmas.What a bad time for me. I can't spend my time with my family this christmas.Realy makes me :( and cant feel the mood of doing assignments.However, this christmas,i have a present. Its not a garments or equipments or goods.....but its my last semester result..yeah..I got Dean List. huhu..that was my present..Hope this coming year will be more wonderful n luck with the presence of Almighty God.

Tahap-tahap perkembangan manusia

Kebanyakan orang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memilih sama
ada menghasilkan atau tidak menghasilkan zuriat.Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui..hehe..

Tahap I (4 – 6 tahun)
-Perbendaharaan kata: menamakan bahagian tubuh secara tepat,
-Fungsi bahagian tubuh
-Asas kehidupan
-bagaimana bayi terbentuk
-Fakta berkaitan kehamilan
•Apabila seseorang wanita hamil, fetus akan membesar dalam uterusnya
•Kehamilan memerlukan lelaki dan wanita
•Perbezaan antara tubuh lelaki dan wanita
•Manusia adalah ciptaan Tuhan yang istimewa
•Mensyukuri keadaan diri seadanya
•Mengenali diri dan tujuan manusia diciptakan
•Menghargai kehormatan diri (anggota seksual) dengan menjaga kebersihan,
keselamatan dan kesihatannya
Tahap II (7 – 9 tahun)
•Mitos berkaitan kehamilan
•Perbezaan antara pembiakan haiwan, tumbuhan dan manusia
•Lelaki dan wanita mempunyai organ reproduktif yang membolehkan mereka
menghasilkan zuriat
•Seseorang wanita mungkin hamil apabila berlaku persetubuhan
•Apabila seseorang wanita hamil, fetus akan membesar dalam uterusnya
•Bayi biasanya akan dilahirkan melalui vagina apabila tiba masanya
(telah cukup bulan), tetapi sesetengah bayi dilahirkan melalui pembedahan
•Wanita mempunyai buah dada yang dapat menghasilkan susu untuk anaknya
•Menghargai kehormatan diri (anggota seksual) dengan menjaga kebersihan,
keselamatan dan kesihatannya
•Bergaul dan bermesra dengan rakan-rakan, kaum keluarga dan orang lain
dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama
•Mengawal penglihatan, pendengaran, pemikiran dan perbuatan dari perkaraperkara
yang ditegah oleh agama dan budaya
•Tuntutan dan faedah berkhitan
Tahap III (10 – 12 tahun)
•Lelaki dan wanita mempunyai sel-sel spesifik dalam tubuh yang membolehkan
penghasilan zuriat
•Bayi biasanya akan dilahirkan melalui vagina apabila tiba masanya
(telah cukup bulan), tetapi sesetengah bayi dilahirkan melalui pembedahan
•Sesetengah bayi dilahirkan melalui pembedahan yang disebut Caesaran Section
•Persetubuhan berlaku apabila zakar dimasukkan ke dalam vagina
•Hubungan seks dilakukan dengan rasa tanggungjawab
•Percantuman sperma dengan telur dipanggil persenyawaan
•Seseorang remaja perempuan yang telah matang (mendapat haid) boleh
hamil jika berlaku persetubuhan
•Seseorang remaja lelaki boleh menyebabkan kehamilan apabila melakukan
persetubuhan dan menghasilkan sperma dalam vagina
•Fetus akan membesar setelah persenyawaan
•Fetus akan membesar dalam kitaran 40 minggu tempoh hamil yang berakhir
dengan kelahiran
•Sperma akan menentukan jantina bayi
•Penggunaan alat pencegahan kehamilan (contraception) akan mengelakkan
kehamilan
•Masyarakat seharusnya menggunakan alat pencegahan kehamilan semasa
melakukan hubungan seks kecuali jika mereka ingin mendapat zuriat
•Tanda-tanda awal kehamilan ialah apabila wanita tidak didatangi haid
•Perubahan normal dari aspek anatomikal dan fisiologikal
•Haid dan ihtilam adalah petanda kematangan dan permulaan menerima
tanggungjawab (Fardu Ain dan Fardu Kifayah)
•Manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhan, diri sendiri dan orang
lain yang perlu dilaksanakannya
Tahap IV (13 – 18 tahun)
•Lelaki dan wanita mempunyai sel-sel spesifik dalam tubuh yang membolehkan
mereka menghasilkan zuriat
•Persetubuhan berlaku apabila lelaki memasukkan zakar ke dalam vagina
•Tidak semua lelaki dan wanita bercadang untuk mempunyai anak
•Proses kehamilan selalunya berlaku di pertengahan tempoh kitaran haid
•Jangkaan terhadap ovulasi adalah lebih mudah jika kitaran haid wanita adalah
normal
•Ovulasi boleh berlaku sepanjang bulan dan wanita boleh hamil pada bila-bila
masa sahaja
•Fungsi reproduktif adalah berbeza dengan fungsi seksual
•Proses kehamilan menggabungkan sifat genetik lelaki dan perempuan
•Sesetengah orang tidak boleh menghasilkan zuriat disebabkan masalah
kesihatan
•Alat pencegahan kehamilan seharusnya digunakan semasa melakukan
hubungan seks kecuali jika mereka ingin mendapat zuriat
•Petanda awal yang terpenting menunjukkan kehamilan ialah apabila wanita
tidak didatangi haid
•Wanita tidak digalakkan melakukan hubungan seks ketika haid (jika dia
memilih untuk tidak melakukannya)
•Hubungan seks hanya dibenarkan melalui akad perkahwinan yang sah di sisi
agama
•Hubungan seks melalui dubur isteri atau semasa isteri didatangi haid adalah
dilarang oleh agama dan budaya
Tahap V (19 tahun ke atas)
•Tidak semua lelaki dan wanita bercadang untuk mempunyai anak
•Sesetengah orang tidak boleh menghasilkan zuriat disebabkan masalah
kesihatan
•Andropause boleh berlaku di kalangan lelaki, seperti mana menopause dialami
oleh wanita
•Keupayaan reproduktif wanita terhalang disebabkan ketiadaan uterus
•Prosedur perubatan boleh membantu segelintir orang yang mempunyai
masalah kesuburan
•Mereka yang tidak boleh menghasilkan zuriat boleh mempertimbangkan untuk
mengambil anak angkat
•Teknologi reproduktif yang baru membolehkan mereka yang mempunyai
masalah kesuburan untuk menghasilkan zuriat
•Melakukan hubungan seks semasa hamil adalah selamat kecuali jika ada
masalah kesihatan
•Hubungan seks hanya dibenarkan melalui akad perkahwinan yang sah di sisi
agama
•Hubungan seks melalui dubur isteri atau semasa isteri didatangi haid adalah
dilarang oleh agama dan budaya
Akil Baligh
Akil baligh merupakan peringkat perubahan semulajadi iaitu dari alam kanakkanak
kepada keremajaan yang dikenal pasti melalui perubahan fizikal dan emosi.
Tahap I (4 – 6 tahun)
•Perubahan fizikal berlaku apabila kanak-kanak menjadi semakin dewasa
Tahap II (7 – 9 tahun)
•Perubahan fizikal, fisiologikal dan psikologikal berlaku apabila kanak-kanak
semakin dewasa
•Kepentingan mengamalkan kebersihan diri
•Lelaki dan wanita berupaya mempunyai anak setelah mencapai akil baligh
•Akil baligh bermula pada peringkat usia yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
perempuan dan lelaki
•Perubahan tubuh setiap individu berlaku pada peringkat yang berbeza
•Perubahan akil baligh lelaki dan perempuan adalah berbeza
•Kanak-kanak perempuan selalunya mengalami perubahan akil baligh lebih
awal berbanding dengan lelaki
•Mendidik kanak-kanak perempuan sebagai persediaan mengalami haid
•Mendidik kanak-kanak lelaki sebagai persediaan mengalami ereksi dan ihtilam
•Kewajipan dan cara-cara mandi hadas selepas haid dan ihtilam
Tahap III (10 – 12 tahun)
•Kepentigan mengamalkan kebersihan diri
•Lelaki dan wanita berupaya mempunyai anak setelah mencapai akil baligh
•Remaja selalunya berasa kurang selesa, gelisah, kelam kabut dan/atau malu
disebabkan perubahan yang kerap berlaku pada tubuhnya
•Mesti lebih kerap mengamalkan kebersihan diri
•Sistem reproduktif dan ciri-ciri seksual menjadi matang semasa akil baligh
•Semasa akil baligh, remaja perempuan mula mengalami ovulasi dan haid,
manakala remaja lelaki mula menghasilkan sperma dan mengalami ejakulasi
•Perubahan fizikal berlaku semasa akil baligh
•Perubahan emosi berlaku semasa akil baligh
•Kebanyakan orang mula mempunyai perasaan seksual dan tertarik kepada
jantina yang lain semasa akil baligh
•Mendidik kanak-kanak perempuan sebagai persediaan mengalami haid
•Mendidik kanak-kanak lelaki sebagai persediaan mengalami ereksi dan ihtilam
•Remaja mesti mengurus naluri syahwatnya dengan berkesan melalui kawalan
pendengaran, penglihatan, pemikiran, percakapan dan perbuatan
Tahap IV (13 – 18 tahun)
•Mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan emosi semasa akil baligh
•Perkembangan sifat seksual yang sekunder
•Mendidik kanak-kanak perempuan sebagai persediaan mengalami haid
•Mendidik kanak-kanak lelaki sebagai persediaan mengalami ereksi dan ihtilam
•Perubahan emosi berlaku semasa akil baligh
•Kebanyakan orang mula mempunyai perasaan seksual dan tertarik kepada
jantina yang lain semasa akil baligh
•Remaja mesti mengurus naluri syahwatnya dengan berkesan melalui kawalan
pendengaran, penglihatan, pemikiran, percakapan dan perbuatan
2. Imej dan Konsep Kendiri
Imej individu terhadap diri dan tubuh mereka mempengaruhi perasaan dan tingkah
laku.
Tahap I (4 – 6 tahun)
•Setiap individu adalah berbeza dan dihargai
- Setiap individu adalah unik
- Setiap individu mempunyai tubuh yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan
warna kulit
- Setiap individu adalah istimewa, termasuk golongan kurang upaya
- Perbezaan menjadikan seseorang itu unik, menerima kelainan yang ada pada
orang lain
•Membentuk penghargaan dan keyakinan diri dalam diri sendiri dan orang lain
- Memiliki penghargaan diri yang tinggi bermaksud kita menghormati dan
mempercayai diri sendiri
Tahap II (7 – 9 tahun)
•Setiap individu adalah berbeza dan dihargai
- Setiap individu adalah unik
- Setiap individu mempunyai tubuh yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan
warna kulit
- Setiap individu adalah istimewa, termasuk golongan kurang upaya
- Perbezaan menjadikan seseorang itu unik, menerima kelainan yang ada pada
orang lain
•Membentuk penghargaan dan keyakinan diri dalam diri sendiri dan orang lain
- Memiliki penghargaan diri yang tinggi bermaksud kita menghormati dan
mempercayai diri sendiri
•Kesedaran dan penerimaan diri: memahami kelebihan dan kelemahan diri
- Membentuk kesedaran diri bermakna lebih mengenali diri sendiri
- Menerima limitasi diri
- Menghormati dan menghargai diri adalah perlu
•Berasa selesa terhadap diri sendiri
- Amalan kesihatan yang baik, misalnya, bersenam dan diet, dapat
mempertingkatkan perawakan dan perasaan diri
- Penampilan fizikal ditentukan oleh baka, persekitaran dan amalan kesihatan
•Nilai diri seseorang bukan ditentukan oleh perawakan
- Individu kurang upaya mempunyai perasaan, keperluan dan kehendak yang
sama dengan individu lain
•Berpakaian secara yang dianjurkan oleh agama dan budaya memberikan imej yang
baik kepada seseorang
•Imej seseorang bergantung kepada akhlaknya sama ada baik atau buruk
Tahap III (10 – 12 tahun)
•Faktor-faktor yang mempertingkat atau mengurangkan konsep penghargaan diri
- Apa yang diperkata kepada diri sendiri dan bagaimana kita memperkatakan
sesuatu perkara mempengaruhi perasaan serta pilihan yang kita buat
- Kita kerap merendah diri dan membuat pernyataan yang negatif tentang diri
sendiri
- Memperkatakan perkara yang positif atau menyakinkan kepada diri sendiri
membantu kita berasa lebih selesa tentang kehidupan
•Menampilkan perawakan diri yang terbaik
- Kebanyakan bentuk tubuh badan adalah diwarisi secara genetik daripada ibu
bapa dan datuk nenek
- Tahap kecantikan berubah mengikut peredaran masa dan berbeza antara
budaya
- Amalan kesihatan yang baik, seperti senaman dan diet, boleh
mempertingkatkan perawakan serta perasaan terhadap diri sendiri
- Membentuk imej positif melalui cara berpakaian dan penampilan diri kepada
orang lain
- Cara makan yang tidak teratur adalah salah satu kesan penampilan diri yang
lemah
•Berhadapan dengan kejayaan dan kegagalan
- Mengenal pasti kelebihan diri dan memperbaiki kelemahan diri
•Media hanya memaparkan “kecantikan” individu tetapi kebanyakannya tidak
menepati imej yang ditampilkan
- Mengenali serta belajar menerima diri sendiri
•Seseorang yang memiliki budi pekerti atau akhlak yang baik disenangi oleh semua
•Maruah atau harga diri adalah sesuatu yang tiada gantinya lagi sekiranya telah
dirosakkan
•Perawakan fizikal adalan anugerah Tuhan sementara perwatakan dan akhlak
terbentuk atas usaha diri sendiri dan pengaruh persekitaran
•Kepentingan memilih imej yang sesuai dengan ajaran agama dan budaya
Tahap IV (13 – 18 tahun)
•Faktor-faktor yang mempertingkat atau mengurangkan konsep penghargaan diri
- Apa yang diperkata kepada diri sendiri dan bagaimana kita memperkatakan
sesuatu perkara mempengaruhi perasaan serta pilihan yang kita buat
- Kita kerap merendah diri dan membuat pernyataan yang negatif tentang diri
sendiri
- Memperkatakan perkara yang positif atau menyakinkan kepada diri sendiri
membantu kita berasa lebih selesa tentang kehidupan
•Menampilkan perawakan diri yang terbaik
- Kebanyakan bentuk tubuh badan adalah diwarisi secara genetik daripada ibu
bapa dan datuk nenek
- Tahap kecantikan berubah mengikut peredaran masa dan berbeza antara
budaya
- Amalan kesihatan yang baik, seperti senaman dan diet, boleh
mempertingkatkan perawakan serta perasaan terhadap diri sendiri
- Membentuk imej positif melalui cara berpakaian dan penampilan diri kepada
orang lain
- Cara makan yang tidak teratur adalah salah satu kesan penampilan diri yang
lemah
•Berhadapan dengan kejayaan dan kegagalan
- Mengenal pasti kelebihan diri dan memperbaiki kelemahan diri
•Media hanya memaparkan “kecantikan” individu tetapi kebanyakannya tidak
menepati imej yang ditampilkan
- Mengenali serta belajar menerima diri sendiri
•Seseorang yang memiliki budi pekerti atau akhlak yang baik disenangi oleh semua
•Maruah atau harga diri adalah sesuatu yang tiada gantinya lagi sekiranya telah
dirosakkan
•Perawakan fizikal adalan anugerah Tuhan sementara perwatakan dan akhlak
terbentuk atas usaha diri sendiri dan pengaruh persekitaran
•Kepentingan memilih imej yang sesuai dengan ajaran agama dan budaya
•Seseorang individu yang boleh menerima dan berasa selesa terhadap diri sendiri
akan kelihatan menawan dan menarik perhatian orang lain
•Individu akan tertarik kepada perbezaan kualiti fizikal dan personaliti
•Seseorang yang memiliki budi pekerti atau akhlak yang baik disenangi oleh semua
•Maruah atau harga diri adalah sesuatu yang tiada gantinya lagi sekiranya
dirosakkan
•Perawakan fizikal adalah anugerah Tuhan sementara perwatakan dan akhlak
terbentuk atas usaha diri sendiri dan pengaruh persekitaran
•Kepentingan memilih imej yang sesuai dengan ajaran agama dan budaya
Tahap V (19 tahun ke atas)
•Untuk membentuk penghargaan diri, kita perlu cuba menerima kanak-kanak
seadanya
•Nilai adalah sebahagian besar daripada penghargaan diri, salah satu cara untuk
memahami nilai kanak-kanak adalah membentuk kesedaran pada dirinya
•Fokus kepada kelebihan diri kanak-kanak berbanding dengan kelemahannya;
anda mungkin mengubah kelemahan itu kepada kelebihan
•Sekiranya kita memperkatakan perkara yang positif dan memberi sokongan
terhadap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak, kita membuatkan mereka berasa
selesa tentang diri mereka
•Fokus kepada usaha yang ditonjolkan oleh kanak-kanak berbanding dengan
penampilan fizikalnya
•Seseorang yang memiliki budi pekerti atau akhlak yang baik disenangi oleh semua
•Maruah atau harga diri adalah sesuatu yang tiada gantinya lagi sekiranya telah
dirosakkan
•Perawakan fizikal adalan anugerah Tuhan sementara perwatakan dan akhlak
terbentuk atas usaha diri sendiri dan pengaruh persekitaran
•Kepentingan memilih imej yang sesuai dengan ajaran agama dan budaya
3. Identiti dan Orientasi Seksual
Semakin individu membesar, mereka mula berperasaan romantik dan tertarik kepada
individu yang lain.
Tahap I (4 – 6 tahun)
•Gembira menjadi lelaki atau perempuan
•Setiap orang dilahirkan sama ada sebagai lelaki atau perempuan
•Kanak-kanak lelaki dan perempuan membesar menjadi lelaki dan wanita dewasa
Tahap II (7 – 9 tahun)
•Gembira menjadi lelaki atau perempuan
•Kanak-kanak lelaki dan perempuan membesar menjadi lelaki dan wanita dewasa
•Menerima identiti seksual masing-masing dan jantina yang lain
•Pengalaman kasih sayang yang dialami oleh seseorang adalah berbeza
berbanding dengan individu lain
Tahap III (10 – 12 tahun)
•Gembira menjadi lelaki atau perempuan
•Wanita tidak semestinya lebih lemah, lelaki pula tidak semestinya lebih kuat
•Kebanyakan lelaki atau perempuan adalah heteroseksual iaitu mereka akan
tertarik atau jatuh cinta dengan jantina yang lain
•Remaja yang mempunyai persoalan mengenai orientasi seksual atau gender
harus mendapat nasihat atau pandangan daripada profesional yang
berpengetahuan atau dipercayai atau orang dewasa yang mereka rasa selesa
•Remaja perlu bijak mengurus naluri seksualnya ke jalan yang dibenarkan oleh
agama dan budaya
Tahap IV (13 – 18 tahun)
•Wanita tidak semestinya lebih lemah, lelaki pula tidak semestinya lebih kuat
•Remaja yang mempunyai persoalan mengenai orientasi seksual atau gender
harus mendapat nasihat atau pandangan daripada profesional yang
berpengetahuan atau dipercayai atau orang dewasa yang mereka rasa selesa
•Orientasi seksual merujuk kepada seseorang individu sama ada heteroseksual,
homoseksual atau biseksual
•Majoriti ahli dalam masyarakat mengamalkan heteroseksualiti, namun terdapat
segelintir yang mengamalkan homoseksualiti dan biseksualiti
•Sesetengah lelaki dan wanita adalah homoseksual iaitu mereka akan tertarik dan
jatuh hati kepada seseorang yang sama jantina
•Biseksual pula tertarik kepada perempuan dan lelaki
•Homoseksual, heteroseksual dan biseksual adalah golongan yang sama tetapi
berbeza orientasi seksual
•Sesetengah individu berasa takut untuk mendedahkan sama ada mereka adalah
biseksual atau homoseksual kerana bimbang akan didiskriminasi
•Teori yang dianggap sebagai menentukan orientasi seksual termasuklah pengaruh
sosiobudaya, faktor psikososial dan kombinasi kesemua faktor tersebut
•Apabila seseorang homoseksual menerima orientasi seksual dirinya dan
memaklumkan kepada orang lain, ia dikenali sebagai “coming out”
•Bercakap tentang perasaan berkaitan orientasi seksual boleh menjadi sukar
•“Coming out” boleh menjadi sukar kerana takut kepada reaksi negatif daripada
masyarakat
•Sesetengah orang tertarik kepada lelaki dan wanita
•Dalam kebanyakan situasi, orientasi seksual boleh berubah sepanjang hayat
seseorang
•Memahami orientasi seksual seseorang adalah sukar
•Kepercayaan seseorang berkaitan homoseksualiti adalah berdasarkan nilai
keagamaan, kebudayaan dan kekeluargaan
•Orientasi seksual ditentukan oleh kombinasi daya tarikan, khayalan serta tingkah
laku seseorang
•Ahli keluarga, guru, kaunselor, pakar perubatan, tokoh agama dan pusat
masyarakat “gay” serta “lesbian” boleh memberi sokongan dan
sumber pengetahuan yang diperlukan oleh golongan muda yang risau tentang
orientasi seksual atau gender mereka (bila dan di mana ia boleh didapati)
•Menyediakan nombor yang boleh dihubungi untuk mendapat maklumat kesihatan
seksual dan khidmat kaunseling
•Semua agama dan budaya masyarakat Malaysia menentang perbuatan zina, liwat,
homoseksual dan biseksual kerana merosakkan keturunan dan hubungan
manusia
•Homoseksualiti adalah perbuatan tidak normal yang bertentangan dengan fitrah
semula jadi naluri seksual manusia
Tahap V (19 tahun ke atas)
•Majoriti ahli dalam masyarakat mengamalkan heteroseksualiti, namun terdapat
segelintir yang mengamalkan homoseksualiti dan biseksualiti
•Apabila seseorang homoseksual menerima orientasi seksual dirinya dan
memaklumkan kepada orang lain, ia dikenali sebagai “coming out”
•“Coming out” boleh menjadi sukar kerana takut kepada reaksi negatif daripada
masyarakat
•Kepercayaan seseorang berkaitan homoseksualiti adalah berdasarkan nilai
keagamaan, kebudayaan dan kekeluargaan
•Orientasi seksual ditentukan oleh kombinasi daya tarikan, khayalan serta tingkah
laku seseorang
•Ahli keluarga, guru, kaunselor, pakar perubatan, tokoh agama dan pusat
masyarakat “gay” serta “lesbian” boleh memberi sokongan dan sumber
pengetahuan yang diperlukan oleh golongan muda yang risau tentang orientasi
seksual atau gender mereka (bila dan di mana ia boleh didapati)
•Semua agama dan budaya masyarakat Malaysia menentang perbuatan zina, liwat,
homoseksual dan biseksual kerana merosakkan keturunan dan hubungan
manusia
•Homoseksualiti adalah perbuatan tidak normal yang bertentangan dengan fitrah
semula jadi naluri seksual manusia
4. Emosi
Tahap I (4 – 6 tahun)
•Perbendaharaan kata bagi perasaan
•Asas keperluan emosi seperti kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan
keselamatan
Tahap II (7 – 9 tahun)
•Kesedaran terhadap emosi dan mood
- Mempelajari cara-cara yang betul untuk meluahkan emosi
- Bagaimana emosi mempengaruhi fungsi tubuh dan mental
•Mengurus emosi : rasa bersalah, kebimbangan, takut, dan tidak selamat
•Meminta bantuan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai
•Ketahanan emosional membolehkan kita mengurus emosi
Tahap III (10 – 12 tahun)
•Kesedaran terhadap emosi dan mood
- Mempelajari cara-cara yang betul untuk meluahkan emosi
- Bagaimana emosi mempengaruhi fungsi tubuh dan mental
•Mengurus dan menangani emosi : rasa bersalah, kebimbangan, takutkan
kegagalan, tidak selamat, kekecewaan, cemburu, ketidakstabilan
•Menghadapi pengalaman emosional yang seiring dengan akil baligh dan
kematangan seksual :
- Merancap, minat terhadap jantina berlainan jenis, rasa ingin tahu terhadap
bahan lucah, khayalan seksual, dan sebagainya
- Ketegangan seksual
•Mendapatkan bantuan daripada golongan profesional / orang dewasa
•Kematangan dan ketahanan emosional untuk mengurus emosi
•Kenal pasti jenis stres yang dialami dalam kehidupan
- Stres boleh didefinisikan sebagai perkara yang memberi tekanan kepada
seseorang
- Stres mempengaruhi kita dari aspek emosi, mental dan fizikal
- Stres adalah semulajadi dan berguna, ia menjadikan kita berhati-hati,
mencabar serta merangsang dan membantu kita mengadaptasi dan
berkembang
- Menangani stres dan tekanan
•Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah boleh menjauhi seseorang dari
melayani naluri seksualnya sehingga melakukan perbuatan yang melampaui
batasan agama dan budaya
•Ketidakstabilan emosi boleh dikawal dengan cara sentiasa mengingati dan meneliti
kebesaran dan kekuasaan Tuhan
•Rangsangan naluri shawat yang terlampau juga boleh dikawal dengan cara
menghindari perkara-perkara yang boleh merangsangnya melalui penglibatan,
pendengaran, pemikiran, percakapan dan perbuatan
Tahap IV (13 – 18 tahun)
•Pengurusan stres dan cara-cara menyelesaikan masalah berkaitan
- Kenal pasti jenis stres yang dialami dalam kehidupan
- Cara berkesan bagi kita belajar mengurus stres adalah peka terhadap tahap
ambang stres
- Individu mengalami perubahan fizikal dan emosional yang berbeza akibat stres
ekstrem
•Mendapatkan bantuan daripada golongan profesional / orang dewasa jika tidak
dapat mengurus stres dan berasa putus asa
•Menangani ketegangan seksual
- Peka terhadap ketagihan merancap dan melakukan hubungan seks casual
yang dipengaruhi rakan sebaya berkemungkinan disebabkan ketidakupayaan
menangani stres dan tekanan
•Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah boleh menjauhi seseorang dari
melayani naluri seksualnya sehingga melakukan perbuatan yang melampaui batas
agama dan budaya
•Ketidakstabilan emosi boleh dikawal dengan cara sentiasa mengingati dan meneliti
kebesaran dan kekuasaan Tuhan
•Rangsangan naluri syahwat yang terlampau juga boleh dikawal dengan cara
menghindari perkara-perkara yang boleh merangsangnya melalui penglihatan,
pendengaran, pemikiran, percakapan dan perbuatan
Tahap V (19 tahun ke atas)
•Setiap individu memberi respons yang berbeza terhadap stres
- Stres wujud akibat perubahan gaya hidup seseorang, baik positif atau negatif
- Memahami perkaitan antara stres dengan perubahan fizikal atau emosional
individu
- Memahami bagaimana stres mempengaruhi kehidupan kita
- Mengadaptasikan teknik berkaitan bagi mengurangkan stres dan tekanan
•Mengetahui cara menangani pengalaman emosional yang seiring dengan akil
baligh dan kematangan seksual :
- Merancap, minat terhadap jantina berlainan jenis, rasa ingin tahu terhadap
bahan lucah, khayalan seksual, dan sebagainya
- Ketegangan seksual
•Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah boleh menjauhi seseorang dari
melayani naluri seksualnya sehingga melakukan perbuatan yang melampaui batas
agama dan budaya
•Ketidakstabilan emosi boleh dikawal dengan cara sentiasa mengingati dan meneliti
kebesaran dan kekuasaan Tuhan
•Rangsangan naluri syahwat yang terlampau juga boleh dikawal dengan cara
menghindari perkara-perkara yang boleh merangsangnya melalui penglibatan,
pendengaran, pemikiran, percakapan dan perbuatan.

Friendship & Dating

on my day while in 1 week holiday,i have read a book about friendships, dating & relationships that lasts...by Neil T. Anderson and Dave Park. the book is dedicated to all those who would love to retain their sexual purity and to those who would like to be free again in Christ. It's all about standing firm when we're under pressure..
on the first chapter, it talk about on how to pick the peers.really a great advise.second chapter, talks about dating in 3d. really mesmerizing..then the third, it shows the feeling of love(Am I really in love?). Also, it views on Christianity views on sex, on Why God says wait detecting danger on that sex-crazed world and the seduction of mind..really interesting..next part is on how a habit forms, then Alive, choosing to believe the truth..at last, this book says on living free and staying free from purity under pressure...a good and must read book for early adulthood.....

Institusi perguruan tidak pilih rupa, fizikal pelatih

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bukan dasar Kementerian Pelajaran menjadikan rupa kriteria memasuki institusi latihan perguruan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya pemilihan dilakukan berdasarkan set kriteria standard.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran menyiasat dakwaan bakal pelatih Institut Perguruan Rajang, Sarawak, Joanna Gilbert Asson menjadi mangsa diskriminasi kerana gemuk dan tidak layak memasuki institut itu.

“Bukan menjadi dasar kementerian mendiskriminasi pemilihan pelatih guru berdasarkan rupa fizikal.

“Berdasarkan set kriteria standard, Joanna berjaya dalam proses pemilihan dan layak sebagai pelatih di institut berkenaan dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan dakwaan Joanna, seorang pegawai kanan institut itu mengarahkannya pulang ketika melaporkan diri pada 22 Jun lalu kerana gemuk dan memintanya kembali tahun depan selepas menguruskan badan.

Berat Joanna ialah 110 kilogram dan tidak menjadi isu ketika ditemu duga sebelum itu.

Wanita berusia 29 tahun yang juga lulusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Tenaga Nasional itu menulis surat kepada Kementerian Pelajaran untuk menarik diri daripada kursus itu dan meminta wang pendaftaran RM300 dikembalikan.

Risiko internet

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my



Aktiviti dalam talian tanpa sempadan, kawalan dedah remaja dengan pelbagai risiko

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian - jawapannya ialah tidak tahu'.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko.

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia' mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.


Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

"Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

"Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

"Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

'Ibu bapa perlu ambil tahu ketika anak dalam talian'

BIARPUN dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet.

Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet.

Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak.

Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.

"Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya.

Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:

# Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.

# 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.

# 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.

# Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.

# Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.

INFO: Kajian NLOR di Malaysia
# Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
# 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
# 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.

Kajian NLOR global:
# Responden: 9,000 dewasa dan remaja
# 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
# 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

Hasil kajian global:
# 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
# 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
# Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
# 7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
# 24 peratus layari laman sosial Twitter.

Bom gergasi

Bom gergasi MOP yang mampu menembusi kubu bawah tanah sedalam 60 meter.

Amerika Syarikat giat usaha hasilkan bom besar seberat 13,600 kg

KRISIS kewangan dunia yang turut dirasai Amerika Syarikat, ternyata bukan halangan negara kuasa besar itu meneruskan agenda mempamerkan kekuatan pertahanannya, termasuk menghasilkan bom gergasi yang bakal siap seawal pertengahan tahun depan.

Demi memastikan impiannya itu tercapai, Washington yang kini dibebani hutang mencecah AS11.9 trilion (RM39 trilion), mempercepatkan usaha penghasilan bom dikenali ‘Massive Ordnance Penetrator (MOP) yang turut menjadi bom bukan nuklear terbesar yang serba canggih dalam persenjataan negara itu.

Bom konvensional seberat 15 tan atau 13,600 kilogram, diusahakan syarikat Boeing menerusi kontrak bernilai AS52 juta (RM174 juta). Ukurannya pula panjang enam meter dengan ukur lilit satu meter.

Menurut pemerhati isu pertahanan dan keselamatan antarabangsa menerusi laman webnya, GlobalSecurity.org, MOP yang turut dikenali dengan nama ‘Big BLU’ atau program ‘Direct Hard Target Strike Weapon’ dalam dokumen tertentu, membabitkan peruntukan sebenar kira-kira AS74.5 juta (RM249 juta) - tidak termasuk ujian dan kontrak program integrasinya.

‘Kehebatannya’ pula berdasarkan ciri-ciri ganasnya iaitu mampu membawa bahan letupan seberat 2,400 kilogram dan 10 kali lebih kuat daripada bom bakal digantinya yang dipasang pada pesawat pengebom Stealth B-2, ketika ini.

Ia juga dikatakan dapat memusnahkan kubu bawah tanah dengan kedalaman mencecah 60 meter sebelum meletup.

Jika dilihat, biarpun ujian MOP dimulakan pada 2007, usaha penghasilan bom gergasi itu terbantut selama dua tahun akibat masalah kewangan dan hanya beberapa bulan lalu, pentadbiran Rumah Putih yang kini di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama, memutuskan program itu harus dihidupkan kembali.

Namun, seperti dilaporkan media pertahanan antarabangsa, MOP bukanlah bom terbesar pernah dibina Amerika kerana pernah menghasilkan bom T12 seberat 44,000 pound atau 19,000 kilogram. Malah, bom paling ‘popular’ Amerika - GBU-43 yang digelar ‘Mother of All Bombs’ adalah seberat 9,525 kilogram.

Bagaimanapun, MOP boleh disifatkan sebagai bom konvensional terbesar yang serba serbi lebih canggih berbanding bom sebelumnya dengan ciri-ciri termasuk sistem arahan berasaskan laser selain dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS).

Apa yang pasti, keupayaan MOP itu sebenarnya jelas merujuk kepada dua musuh utama Amerika ketika ini - Iran dan Korea Utara yang sememangnya diketahui memiliki kekuatan bom nuklear, termasuk pembinaan loji dan kubu di bawah tanah.

Malah, ini diakui Setiausaha Akhbar Pentagon, Geoff Morell, yang menegaskan bom gergasi itu mensasarkan kawasan atau tapak kubu bawah tanah yang turut digunakan Pyongyang dan Teheran bagi program nuklear mereka.

Namun, bagi menepis dakwaan mengaitkan program bom MOP secara langsung dengan ancaman Iran dan Korea Utara, Morell menafikan Amerika sudah menetapkan sasaran tertentu bagi menghalakan bom gergasi berkenaan.

“Bagi saya, tiada sesiapa pun yang boleh meramalkan sasaran yang disifatkan sebagai berpotensi untuk diserang. Bom ini hanya memberikan keupayaan yang kami anggap sebagai perlu berikutan situasi dunia yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Apa pun alasan mereka, kehadiran MOP itu disusuli persoalan mengenai keperluan Amerika mewujudkan senjata pembunuh itu.

Selain meneruskan tradisinya mempamerkan kehebatannya di mata dunia dengan persenjataan dan kelengkapan ketenteraan yang canggih, bom MOP itu menjadi amaran Amerika kepada Iran dan Korea Utara supaya menamatkan program nuklear mereka.

Malah, MOP itu dianggap pelan alternatif menangani program nuklear Iran selepas negara Islam itu mendedahkan kewujudan tapak nuklearnya yang tersembunyi di sebuah gunung berhampiran kota suci bagi pengikut Syiah, Qom.

Korea Utara yang diketuai pemimpinnya, Kim Jong Il, pula sememangnya diketahui negara yang memiliki kekuatan nuklear dan sudah melakukan beberapa siri ujian letupan, termasuk di bawah tanah.

Pada masa sama, Amerika juga mahu menunjukkan kepada Russia dan China - dua negara lawan tradisinya, bahawa Washington tidak pernah melupakan usaha mengukuhkan kekuatan persenjataan dan sistem pertahanannya, biarpun berdepan masalah kewangan.

Dan sudah semestinya, kekuatan Amerika itu juga pasti memberi kelegaan kepada negara sekutu utamanya, Israel, yang sememangnya diketahui berkongsi banyak program dan peralatan ketenteraan dengan Amerika.

Namun, setakat ini, kehebatan MOP adalah di atas kertas dan kekuatan sebenarnya belum teruji lagi. Dakwaan boleh dibuat bagi menjayakan perang psikologi Washington dengan musuh utamanya.

Apa yang membimbangkan, kerakusan Amerika menghasilkan senjata baru itu hanya menggiatkan lagi perlumbaan senjata di peringkat dunia, khususnya Russia dan China yang tidak mahu ketinggalan.

Windows 7 bakal selamatkan Vista

Microsoft akan melancarkan Windows 7 Khamis depan sebagai langkah pemulihan gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) itu, selepas pengenalan sistem operasi generasi sebelumnya, Vista, yang dianggap memalukan.

"Ia adalah pelancaran yang penting bagi Microsoft. Windows Vista adalah satu kegagalan," kata penganalisis Kumpulan Enderle, Rob Enderle di Lembah Silikon, susulan pelancaran Windows7 tidak lama lagi.

Antara ciri menarik yang dimiliki Windows Vista termasuk mengetengahkan kelengkapan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain iaitu komputer, televisyen, radio dan bingkai gambar digital.

Platform terkini Microsoft itu juga membolehkan pengguna merakam program televisyen ke komputer dan menonton rancangan yang dikehendaki dengan menggunakan mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet menerusi perkhidmatan Live Microsoft.

Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sesentuh skrin.

Do You Really Love A Woman

To really love a woman
To understand her - you got to know it deep inside
Hear every thought - see every dream
And give her wings - when she wants to fly
Then when you find yourself lying' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
till you know how she needs to be touched
You've got to breathe her - really taste her
Till you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight
A little tenderness - gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

UPSI menang anugerah tingkat mutu kerja

Oleh Ihsan Noorzali
upen@bharian.com.my

KUMPULAN Iqra' dari Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), muncul antara pemenang Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Perkhidmatan Awam peringkat Perak, baru-baru ini.

Memenangi tempat ketiga, sekali gus meraih Anugerah Pegawai Kewangan Negeri Perak bagi kategori pengurusan menerusi pembentangan projek bertajuk 'Kelewatan Memproses Keratan Akhbar', kumpulan itu menerima RM1,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Konvensyen tahunan dua hari di Ipoh itu menyaksikan 30 pasukan dari pelbagai agensi perkhidmatan awam negeri Perak mengambil bahagian.

Selain Iqra’ bagi kategori pengurusan, UPSi turut menghantar satu lagi pasukan dari Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda bagi kategori teknikal.

Kumpulan Iqra’ diwakili Azhari Maani sebagai ketua, Mohd Hizam Samin, Hasrul Fazli Abd Halil, Zaini Alipiah, Wan Adnan Wan Ab Rahman, Siti Norliza Shamsudin, Hafizah Yahya dan Noriati Nordin.

Sebelum ini, kumpulan meningkatkan mutu kerja Perpustakaan Tuanku Bainun itu pernah memenangi tempat kedua konvensyen sama dan ketiga Konvensyen KMK Institusi Pengajian Tinggi Awam pada 2005.

Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Zahariah Mohamed Shaharoon berkata kemenangan itu hasil kerja keras setiap anggota kumpulan.

“Saya sentiasa menyokong aktiviti kumpulan dalam meningkatkan mutu kerja kerana ia dapat membantu perpustakaan mengatasi masalah, sekali gus melicinkan pentadbiran,” katanya.

Menjelaskan pemilihan tajuk projek berkaitan keratan akhbar, katanya, ia adalah bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang menyarankan semua kumpulan terbabit meneruskan projek inovasi masing-masing.

Kongsi katil tingkat risiko kematian

4 peratus SIDS babit bayi tidur bersama seorang ibu atau bapa

PARIS: Satu kajian dikeluarkan semalam mendapati lebih separuh daripada kematian bayi secara tiba-tiba berpunca daripada berkongsi katil atau sofa bersama ibu atau bapa mereka.

Kejadian yang juga dikenali sebagai SIDS atau sindrom kematian bayi secara tiba-tiba itu boleh berisiko tinggi terutama selepas orang dewasa yang tidur bersama bayi terbabit baru mengambil ubat atau alkohol, kata kajian terbabit.

SIDS diterima sebagai istilah dalam bahasa perubatan sejak 40 tahun lalu bagi menerangkan kes di mana bayi terutama berusia dua hingga enam bulan mati dengan sebab yang sukar diterangkan.

Sejak itu, penyelidik mengenal pasti beberapa faktor risiko SIDS yang berkaitan dengan sikap.

Tidur secara meniarap misalnya dilihat lebih berkemungkinan menjadi punca kepada kematian yang tidak boleh diperjelaskan itu. Objek lembut seperti bantal di tempat tidur bayi bersama ibu mereka yang merokok juga dikaitkan dengan bilangan tinggi kematian.

Kempen kesedaran awam di negara membangun mengurangkan kadar kematian berkenaan lebih separuh daripada 1 dalam 800 kepada kurang daripada 1 dalam 2,000 sejak dua dekad lalu.

Bagaimanapun persoalan masih lagi mengenai sama ada ia berlaku lebih kerap di beberapa sektor masyarakat berbanding yang lain.

Untuk mencari jawapan berkenaan, sepasukan penyelidik diketuai Peter Fleming dari Hospital St Michael di Bristol, Britain mengkaji 80 kes SIDS yang berlaku di barat daya England dari 2003 hingga 2006.

Mereka membandingkan dua kumpulan, satu dengan 82 bayi berisiko tinggi kerana ibu bapa mereka merokok, mempunyai masalah sosial, ibu tunggal bersama dua atau lebih anak manakala 87 bayi lagi daripada keluarga terpilih secara rawak.

Daripada bayi SIDS terbabit, 54 peratus mati ketika mereka tidur bersama seorang ibu atau bapa.

"Kebanyakan mungkin diterangkan secara interaksi antara tidur bersama ibu bapa yang baru mengambil alkohol atau ubat," kata penyelidik.

Dalam kumpulan kawalan kedua, kadar bagi tidur bersama adalah sebanyak 20 peratus. � AFP

Intai peluang kerja

Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my



Program terbesar di PWTC bantu graduan cari kerja, berniaga

BERITA baik untuk graduan dan kumpulan pencari kerja - lebih 10,000 peluang kerjaya dan 600 syarikat tempatan yang mahu mendapatkan bekalan modal insan menanti pengunjung Karnival Kerjaya dan Keusahawan Graduan (K3G) 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Karnival terbesar yang berlangsung sejak semalam hingga esok, tidak seharusnya dilepaskan kerana ia mungkin menjanjikan harapan bagi graduan yang baru menamatkan pengajian atau kumpulan pencari kerja mendapatkan profesion idaman atau sekurang-kurangnya meninjau prospek dalam sektor pekerjaan termasuk bidang baru dan sektor keusahawanan.

Penganjuran acara ini ketika dunia berdepan krisis kewangan nyata tepat pada masanya. Karnival K3G 2009 yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi menjadi landasan bagi kerajaan dan sektor swasta menangani isu pengangguran serta pada masa sama, memecahkan halangan fizikal dan psikologi rakyat terutama kumpulan pencari kerja untuk mencapai mimpi dan aspirasi dalam suasana ekonomi sekarang.

Bertemakan 'Capai Kerjaya Impian Anda', Karnival K3G 2009 akan membantu rakyat meningkatkan pencapaian hidup melalui kerjaya lebih mencabar dan peluang meneroka dunia perniagaan. Sehubungan itu, ribuan peluang kerjaya dan perniagaan akan ditawarkan kerajaan dan sektor swasta sepanjang karnival ini termasuk di luar negara.

Menurut penganjur, Karnival K3G 2009 mula mendapat perhatian kumpulan pencari kerja terutama graduan yang baru menamatkan pengajian berikutan mereka sudah pun mendaftar secara talian beberapa minggu sebelum acara ini berlangsung. Ini memberi petanda karnival kerjaya dan keusahawan seumpama ini amat berkesan bagi membantu kumpulan pencari kerja mendapatkan profesion idaman.
GRADUAN mendaftar pekerjaan secara online di Karnival Kerjaya & Keusahawan Graduan 2009 di Dewan Tun Razak PWTC

Selain berpeluang bersemuka dengan syarikat atau majikan, kumpulan pencari kerja boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui beberapa acara sampingan seperti seminar kerjaya dan kaunter panduan menulis resume dan meningkatkan keyakinan diri sepanjang karnival ini. Dalam hal ini, golongan pelajar atau penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) wajar berkunjung ke karnival ini sebagai persiapan tamat belajar kelak.

Ini diakui sendiri penganjur yang juga menggariskan kumpulan sasaran yang sepatutnya tidak melepaskan peluang berkunjung ke Karnival K3G 2009. Kumpulan ini ialah lulusan pra universiti; graduan yang baru menamatkan pengajian atau memiliki pengalaman bekerja antara setahun atau dua tahun; kumpulan pekerja matang dengan lebih dua tahun pengalaman bekerja; pekerja separuh masa dan usahawan.

Memetik laman web Karnival K3G 2009, acara ini mempunyai beberapa objektif iaitu antaranya mendedahkan kumpulan pencari kerja dan majikan mengenai aliran dan pembangunan baru dalam sektor pekerjaan; menggalakkan individu mencari kerja melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran diperlukan selain membantu mereka yang berminat menceburi dunia keusahawan merebut peluang perniagaan yang ditawarkan.

Jika anda sedang mencari pekerjaan, pastikan anda berkunjung ke Karnival K3G 2009 di PWTC!
SUASANA Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kebangsaan di PWTC.

Soal jawab Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G)

Kelayakan dan kategori pekerja yang dicari majikan atau syarikat yang menyertai Karnival K3G 2009?

Majikan atau syarikat yang menyertai Karnival K3G 2009 menawarkan pelbagai kategori pekerjaan dari pelatih, jawatan tetap untuk lepasan universiti hinggalah pengurusan kanan.

Sehubungan itu, amat penting bagi anda membawa salinan resume supaya bakal majikan dapat mengetahui latar belakang anda dan menyesuaikan kelayakan dimiliki dengan jawatan yang mahu ditawarkan. Lebih baik jika anda menyimpan resume dalam pen drive (pemacu storan) supaya ia boleh diagihkan kepada majikan jika salinan bercetak kehabisan.

Jika tidak yakin dengan gaya penulisan resume, anda boleh mengunjungi bengkel resume yang diadakan sepanjang Karnival K3G 2009. Anda boleh mendapatkan nasihat mengenai cara menulis resume, teknik persembahan dan tip lain. Pastikan resume yang ditulis lengkap, tidak mempunyai sebarang kesalahan dan paling penting, anda jujur dalam membentangkan fakta.

Apakah majikan yang menyertai karnival ini mahu mendapatkan tenaga pekerja berpengalaman saja?

Tidak semestinya. Ada banyak kategori jawatan yang ditawarkan dan pengalaman bukanlah satu-satunya syarat. Lazimnya majikan mahu pekerja yang difikirkan mampu memberi perkhidmatan terbaik.

Sehubungan itu, pastikan anda memberi impak dan tampil yakin ketika bertemu bakal majikan pada karnival ini.

Apakah saya perlu mematuhi kod berpakaian ketika menghadiri Karnival K3G 2009?

Ya. Anda dilarang memakai seluar pendek, selipar atau kemeja T tanpa lengan. Ingat, pandangan pertama daripada gaya yang ditampilkan amat penting.

Mungkin anda memilih untuk tidak memakai sut atau tali leher, gaya business casual atau kasual sudah memadai. Apa yang penting, anda selesa dan tampak yakin.

Berapa lama masa saya habiskan bersama bakal majikan pada sesi rundingan?

Ingat, Karnival K3G 2009 diadakan sepanjang hari. Jadi, tidak perlu anda terus berjumpa semua pihak dalam tempoh 10 minit pertama. Ambil masa berbincang dengan bakal majikan dan nantikan bagaimana mereka boleh mencari jawatan sesuai untuk anda.

Jika anda datang bersama rakan-rakan, lebih baik berpecah dan berjumpa bakal majikan secara berasingan. Ini penting supaya anda dapat memberi impak lebih positif dan mantap secara bersendirian di depan bakal majikan.

Jangan takut untuk bertanya lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan dan pada masa sama, bersedia untuk menjawab soalan mengenai diri anda.

Siapa boleh membantu saya pada Karnival K3G 2009?

Kakitangan MY Events akan membantu anda setiap masa. Selain itu, Zon Sumber iaitu kawasan khas untuk pengunjung bertanya juga disediakan untuk memberi panduan serta menjawab kemusykilan anda.

Selain itu, ceramah kerjaya juga diadakan bagi memberi anda tip kerjaya dan apa yang dimahukan majikan.

Namun, biarpun banyak kemudahan disediakan untuk anda, semuanya tidak membantu jika anda datang tanpa sebarang persediaan. Jika ini berlaku, anda akan hanya membuang masa beratur daripada membuat jaringan atau perhubungan dengan bakal majikan.

Syarikat atau majikan bagaimana yang akan saya temui?

Ada banyak kategori majikan dan syarikat yang menyertai karnival ini termasuk dari sektor industri. Ini bermakna, semuanya ada mengikut keperluan anda.

Apa lagi yang perlu saya lakukan sebelum berkunjung ke Karnival K3G 2009?

Lebih baik anda memikirkan siapa yang anda mahu temui di karnival ini. Ini membolehkan anda mengisi masa dengan berkesan dan efisien ketika bertemu majikan berpotensi.

# Acara : Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2009
# Tema : Capai Kerjaya Impian Anda!
# Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
# Diuruskan oleh : MY Events Sdn Bhd
# Tarikh : Bermula semalam hingga esok
# Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
# Jam : Dari 10 pagi hingga 7 malam.

FAKTA: K3G 2009

23,000 - Orang mendaftar secara online untuk mendapat pekerjaan sehingga Rabu lalu seperti direkodkan penganjur

1,200 - Orang mendaftar untuk mengikuti seminar kerjaya

600 - Syarikat swasta yang mendaftar untuk menyertai Karnival K3G 2009.

10,000 - Peluang pekerjaan menanti graduan dan golongan pencari kerja.

Sektor pekerjaan ditawarkan sepanjang Karnival K3G
# Insurans
# Bioteknologi
# Pendidikan
# Makanan dan minuman (F&B)
# Kerajaan
# Kejuruteraan
# Pusat Panggilan
# Petrol dan gas
# Perbankan dan kewangan
# Pengeluaran
# Logistik
# Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

KPT sedia cari universiti lain jika Indonesia tolak

SERDANG: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia mencari universiti di negara lain yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar Malaysia berikutan dakwaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Indonesia enggan menerima pelajar negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua penaja seperti Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan yayasan pendidikan.

"Penaja utama seperti JPA, Mara dan yayasan perlu mengambil kira perkara ini untuk menghantar pelajar mereka. Kementerian sedia membantu mencari negara lain yang membuka ruang dan peluang kepada pelajar Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan dan penyerahan Resolusi Mahasiswa 1Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, bahawa terdapat beberapa universiti di Indonesia yang akan menghentikan pengambilan pelajar Malaysia berikutan pelbagai isu yang dibangkitkan pihak tertentu di negara itu.

Bagaimanapun, katanya, Universiti Andalas di Sumatera tidak terpengaruh dengan sentimen anti-Malaysia itu dan akan terus mengambil pelajar dari negara ini.

Mohd Noh berkata, tindakan beberapa universiti Indonesia yang menghentikan pengambilan pelajar Malaysia juga dapat dibaca orang ramai menerusi Internet.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata bagi melindungi keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia, Kedutaan Malaysia di Indonesia diminta supaya mengeluarkan satu garis panduan bersepadu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia.

"Memang kita (kerajaan) sedang bincangkan mengenai tindakan yang bersepadu... Kita sedang lahirkan pendekatan menyeluruh untuk berhadapan keadaan ini tetapi duta adalah punca kuasa.

"Tindakan keselamatan perlu dibangunkan secara bersepadu untuk peniaga, pelajar, pengunjung dan pelawat dan sebagainya. Di peringkat kita, kita ada data semua penuntut kita yang ada di Indonesia tetapi ia hanya bagi yang berdaftar dengan kita sebab ada juga yang persendirian yang tidak memaklumkan," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang tinggal di sana perlu mengamalkan nilai hidup yang tidak mencetuskan keadaan yang boleh menimbulkan masalah.

"Panduan mengenai nilai murni dan apa yang perlu seseorang lakukan adalah berasaskan kepada keadaan semasa. Ini juga patut jadi perkara yang perlu didedahkan kepada penuntut kita di sana," katanya.

Mengenai rungutan ramai peminjam yang sukar mendapatkan kelonggaran bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mohamed Khaled berkata perbadanan itu mempunyai pegawai khas untuk menyelesaikan masalah peminjam yang ingin membayar pinjaman mereka.

"PTPTN sememangnya sedang meningkatkan usaha mereka mengutip dan menguatkuasa pembayaran tetapi pada masa yang sama kita menggalakkan mereka yang tergolong dalam kumpulan ini datang membuat bayaran dan berbincang dengan pegawai yang berkaitan.

"Kalau pergi ke kaunter, itulah jawapan standard yang diberikan...saya minta (pergi ke sana)...PTPTN mempunyai pegawai tertentu untuk berunding dan berbincang secara fokus dan terperinci mengenai perkara ini (pembayaran)," katanya.

Beliau mengulas laporan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) semalam bahawa permohonan anggota kesatuan itu untuk membayar secara ansuran ditolak PTPTN sebaliknya dia diminta melangsai keseluruhan pinjaman RM17,000.

Terdahulu, pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan geran program bernilai RM30,000 kepada lima institusi pengajian tinggi yang memenangi pertandingan 1Malaysia yang bermula pada Julai lalu.

Lima institusi itu ialah UPM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan dua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). - Bernama

'Penempatan guru dibeku tidak benar'

'Penempatan guru dibeku tidak benar'
Oleh Khairina Yasin

"SAYA tidak maksudkan penempatan graduan pendidikan universiti awam akan dibekukan, cuma mungkin berlaku kelewatan berikutan keadaan ekonomi negara kini yang tidak menentu.

“Berapa lama kelewatan itu, kita tidak pasti,” kata Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Zakaria Kasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai emel yang mendakwa beliau membuat kenyataan bahawa graduan pendidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk UPSI akan dibekukan, mulai tahun depan.
Emel dikirimkan seorang pelajar UPSI ke Unit Pendidikan Berita Harian itu menimbulkan kebimbangan mahasiswa universiti terbabit berikutan tersebarnya kenyataan itu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Sambil menegaskan kenyataannya pada majlis perasmian Simposium Hala Tuju Pendidikan Fizik di Malaysia di UPSI baru-baru ini, beliau berkata, sebenarnya ia disalah tafsir.

“Ia sebenarnya peringatan awal kepada mahasiswa supaya lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan berlaku pada masa depan.

“Kita tidak tahu kesan ketidaktentuan ekonomi ketika ini, kerajaan mungkin lebih berhemah dalam berbelanja dan ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kelewatan dalam pelbagai perkara, termasuk penempatan guru,” katanya.

UPSI mengeluarkan jumlah graduan pendidikan tertinggi di kalangan IPTA iaitu kira-kira 3,500 setahun.

Sambil berharap agar mahasiswa membetulkan semula pemahaman mereka terhadap kenyataannya sebelum ini, Zakaria menjelaskan setakat ini tiada pekeliling atau arahan mana-mana pihak khususnya kementerian berkaitan perkara itu.

Sehubungan itu, katanya, mahasiswa program pendidikan UPSI mahupun IPTA lain tidak perlu panik atau terpengaruh dengan kenyataan disalah faham itu dan perlu bersikap lebih rasional.

the whom pronounce himself as naruto..




I'm glad that in my shoutmix chat, there is someone whom pronounce himself/herself naruto whom are eager to know more about SIB. You said that you are a Hindu/Buddha. I know you want to met me that day and i always free to be call. I have lots of assignment to do here and maybe you also the same and can you just emel me as i reply on shoutmix chat or if you are uneasy...you are feel free to go to SIB Tanjong Malim-as in enclosure picture (the pastor is Pastor Jumi). He will make you feel great..as the LORD always the great.

Usun Apau National Park..


Penempatan Kenyah. I have never been to Usun Apau National Park.How its look like?hope someday i'll go there..

Bilik Kaunseling Yang terapeutik

Bagi menggalakkan lagi pelajar-pelajar berjumpa dengan kaunselor, cadangan yang berikutnya ialah mewajibkan semua pelajar tingkatan satu berjumpa dengan kaunselor sekolah. Dengan pendekatan ini, ia dapat melatih pelajar-pelajar membiasakan diri berjumpa dengan kaunselor secara berterusan bagi menyalurkan segala permasalahan yang mereka hadapi.

Mendekati bukan menjauhi guru

Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Seseorang murid seharusnya mendekati guru berdasarkan butiran berikut:

• Guru sebagai sumber ilmu: Kita datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Walaupun ilmu itu berada di mana-mana tetapi peranan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk memberi lebih pemahaman kepada kita. Tanpa ilmu kita ibarat kapal belayar di tengah lautan tanpa nakhoda. Sudah tentu ia akan terumbang-ambing dan mungkin juga akan tenggelam dihempas ombak.

• Guru sebagai pembimbing: Setiap murid harus dibimbing setiap hari. Walaupun kita diminta berdikari tetapi bimbingan daripada guru amat diperlukan kerana guru ialah pengganti ibu bapa ketika disekolah.

• Guru sebagai penyelesai masalah: Guru mempunyai pelbagi tugas dan kemahiran. Contohnya menjaga disiplin pelajar, memberi motivasi dan kaunseling, mengajar, melatih aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Oleh itu jika kita rajin berdamping dengan guru bermakna kita akan dapat berbagai pengalaman dan kemahiran untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

• Guru sebagai rakan: Guru juga ialah insan yang mempunyai perasaan serta suka berkawan. Oleh itu pada masa tertentu guru boleh dijadikan rakan yang mampu memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Walaupun guru dianggap sebagai rakan namun mereka perlu dihormati dan segala arahan guru haruslah diamalkan sepanjang masa.

• Guru sebagai penyuluh cahaya: Ungkapan ini bermaksud guru sentiasa memberi bimbingan yang membolehkan murid-murid mendapat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam juga segala aspek kehidupan murid tersebut.

Setelah mengetahui betapa besarnya peranan guru serta peluang yang kita boleh perolehi, maka janganlah kita menjauhi guru tetapi kita perlu sentiasa mendekati mereka. Jika menghadapi sebarang masalah kita sewajarnya menghubungi guru untuk mendapat panduan yang sebaiknya daripada mereka. Jangan sekali-kali membenci atau memarahi mereka. Anggaplah mereka itu sebagai ikon ke arah kejayaan diri kita.

selamat hari raya

selamat hari raya pada umat islam seluruh Malaysia dan khasnya pada kawan-kawan.Moga sihat selalu..

The Pray......

First Prayer
Lord,

Thanks be to you for the hope for the better future that keeps us going.

Please help us to remember to be thankful for all that we have to be thankful here in the present.

We often feel like we know what is going on. You humble us by telling us that we don't. You know what is going on, and it is in accordance with thy will for our lives. Thy will be done.

We hope our lives will be good and filled with blessings from you.
Bless us as befits thy will.

Forgive me. Help me to forgive others. Heal me. Heal others.

Guide me.

You are great - more than I can possibly imagine.

Thy will be done.

Amen.

Second Prayer

Lord,

I am not yet what you would want to perfect me into. I pray that day by day you would get me closer, and each day, close enough to meet the challenges of that day.

Thank you for hope for the future, and help me be contented with the present. I have been blessed by you substantially in the present and I pray that I might not take it for granted, but continue to thank you as is your due, and to hope and pray for the continuation of such blessings.

Thy will be done.

Guide me.

You are great.

Thy will be done.

Amen.

Decision Making...

Decision Making
In his earlier writings, Ellis (1962) does not explicitly talk about a framework for making decisions, but he does argue rather convincingly for a life-style based on a long-range, social hedonism. All of us should guiltlessly seek out and enjoy harmless physical sensations (such as sex and gustatory pleasures); but, because we will probably not die tomorrow, some degree of moderation in our eating, drinking, and merrymaking may be a safer course of action.

In addition to stressing the concept of future consequences of our actions, Ellis emphasizes the equality between self-interest and social interest; that is, what is good for us is also good for our culture: "There is a very good answer to the question why one should love one's neighbor, or at least why one should take care not to harm him: namely, that only in so doing is one likely to build the kind of society in which one would best live oneself" (1962, p. 323). This doctrine is, of course, akin to the classic economic theory of "enlightened self-interest." By paying his workers five dollars per day, Henry Ford ensured they would have enough money to buy his automobiles.

But though Ellis does present a philosophy on which all decisions to act ought to be grounded, his credo is relatively abstract, so the dictates of what specifically constitutes rational behavior are open to wide interpretation. Furthermore, in his classic text Ellis (1962) does not provide the counselor with a technology or even a procedural description for helping clients resolve a decision.

In a more recent book, The Civilized Couple's Guide to Extra-Marital Adventure, which was designed for lay reading (no pun intended), Ellis (1973) addresses these issues indirectly. We are told, for example, that "civilized adultery" may be a very rational activity. In fact the opening chapter is entitled "Extramarital adventure: Almost everybody is doing it." In a subsequent chapter ("To be or not to be an extramarital adventurer: That is the question") Ellis examines a number of factors to consider before making such a decision. These include gauging and analyzing your motives, dealing with feelings of shame and guilt (You shouldn't have any; they're irrational!), and using a "hedonistic calculus" in which facts are considered along with the advantages and disadvantages of each alternative. Finally, should one decide to embark on a course of extramarital adventure, one must make another decisionshould one be honest with one's spouse? After marshaling the opinions of numerous experts, Ellis generally recommends "no" (for reasons that, incidentally, may or may not be entirely rational).

Thus Ellis does recommend engaging in a number of preparatory steps prior to making a decision. The gathering of relevant information and the consideration of advantages and disadvantages are components that tie Ellis's views to those of most other decision theorists. But though some of the components may be present, the process is rather incomplete and unsystematic. No formal sequence of counselor activities is provided.

Ellis does apparently allow for the possibility of more than one "rational" choice. However, it is rather difficult to read his book on extramarital sex and come away with the notion that monogamy could ever be anything but a stifling compromise.

Finally, there is the matter of intrusive counselor values--a factor that cannot be dismissed as irrational drivel (see chapter 6). Ellis's system demands that the therapist directly attack the client's irrational beliefs, a procedure most counselors--behaviorally inclined or otherwise-would support from a cost- perspective. Although the irrationality of certain client self-statements may be obvious to everyone, just what constitutes a rational substitute may not be at all clear. Ellis is not above advice giving or arguing for a particular alternative such as secrecy from one's spouse in the matter of extramarital sex. But Ellis's utilities may differ widely from those of his clients and other rational emotive counselors

Essentially, then, Ellis has provided the counselor with a very useful framework for removing clients from discomforting emotional states. Although his conceptualizations have stimulated much behavioral counseling theory, research, and practice, his work only indirectly and imperfectly addresses the topic of decision-making counseling.

Facebook, Myspace, Blogs For Counseling

Whether counselors are working with pre-teens, adolescents, or adults – knowing how to use social networking sites like MySpace,blogspot,friendster,twitter,tagged,flixster and Facebook will provide professionals with a tool to better connect with clients. The following are some ideas on ways to use MySpace,blogspot,friendster,twitter,tagged,flixster and Facebook in counseling.

Counselors Should Become Fluent

Especially for counselors working with the adolescent population, it is extremely important to be fluent in sites like MySpace,blogspot,friendster,twitter,tagged,flixster and Facebook. Almost all teenagers are socially connected via these sites, and if counselors are unfamiliar with the culture, the systems, and the nuances of these sites – it will be difficult for the adolescent to easily connect with the counselor.

Counselor should consider making their own MySpace and Facebook profiles. Most people learn best by doing, and learning to negotiate these sites will provide professionals with the language and familiarity necessary for holding a genuine conversation with adolescents who live and breathe these sites daily.

Should Counselors Add Clients as Friends?

This is a good ethical question, and counselors should be reminded that it is unethical to maintain a dual relationship with any client. An online relationship in addition to the counseling relationship can most definitely be seen as a dual relationship. It’s one thing to encourage clients to share their information, but it’s another thing to have access to what they display on their profile at any time. To play it safe, respect the boundary and explain to clients the ethical rules of dual relationships.

Use MySpace/Facebook in the Session

With a little creativity, the effective counselor should be able to come up with many ways to use these sites in the session. To explore a client’s profile during a session, it is imperative that the client trust the counselor and not feel coerced into sharing this information. Always make it a safe environment where it’s okay for the client to decline.

Using Webinar For Counseling

What is a webinar?

A webinar is an interactive presentation that is transmitted over the web. Unlike webcasts, webinars allow you to watch a presentation online and interact by phone or keyboard with questions and commentary.

Korean Drama's?

You can find torrents for dramas here:
http://www.d-addicts.com/forum/torrents.…
http://silentregrets.com/
http://isohunt.com/torrents/

Also, you can watch dramas on all these sites (which I prefer):
aznv http://aznv.tv/en/ (The best one in my opinion. You can stream full episodes without breaks here, but it requires registration. Don't worry though, it's free and painless. This is the main site I use for watching dramas.)
Mysoju http://www.mysoju.com/
Crunchyroll http://www.crunchyroll.com/
http://www.veoh.com/
http://chinkymovies.blogspot.com/ (For downloading dramas)
Youtube http://www.youtube.com/
Dailymotion http://www.dailymotion.com/us
http://vdostreams.com/
http://www.watchdrama.com/

666?Apa Nombor Ni?

Selalunya ramai yang mengatakan bahawa nombor 666 membawa sesuatu yang tak baik.Napa erk?haha..nak tau? Ini dia..baca baik-baik..Ini adalah beberapa kaitan mengapa nombor 666 tidak sesuai untuk kehidupan dalam berpasangan...
Sebelum Tido:
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, muuah.
6 bulan: tlg matikn lampu 2, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido klau x mgepit x bole eh?!

Pakai Toilet:
6 minggu: x pe, u dulu lah
6 bulan: masih lama x nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), klau nk bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye syg, jap lg i smpai umah, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! klau i x cintakn u, buat pe i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak pe ari ni??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Syg, i harap u menyukai cincin yg i beli
6 bulan : I beli lukisan, nmpak sesuai dgn suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yg ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.. ANGKAT AH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, x sangka i, rasa mknan ni begitu lazaattt...!!
6 bulan: Kita mkn pe mlm ni??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlh, x pe, dah pecah, nanti kita beli lg eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon x paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh syg, u seperti bidadari dgn pakaian 2
6 bulan: Lah.. bli bju bru lg?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Mcm mn klau kita jalan2 ke Amerika @ ke tmpt yg u nk honey?
6 bulan: Kita ke Sibu atau Kapit je ler ..senang sikit x pyh naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, apa yg kita nk tonton mlm ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE

TIPS MENGESAN KECURANGAN PASANGAN

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada? Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.

Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa! Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan. Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda! Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

Telefon bimbitnya asyik engaged, tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati.. Jika tidak mati, taliannya asyik busy, tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung. Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda. Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya. Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu, mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya, sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan, tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia. Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

Nak Download Naruto Shippuuden?

Ramai yang susah hendak download episod anime naruto dari laman web yang lain. Malah ada yang suruh beli guna kad kredit. Tapi, ada penyelesaiannya.You all pergi jak kat http://narutoxzone.blogspot.com/ dan You all boleh download jek semua episod naruto shippuuden dari episod pertama hingga terkini..jadikan ianya koleksi anime yang terbaik di abad ini.
Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri DAN
Menteri Kewangan

KABINET 2009

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri DAN
Menteri Pelajaran
MENTERI


Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi)


Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II


Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri


Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan


Datuk Anifah Aman
Menteri Luar Negeri


Tan Sri Bernard Dompok
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Menteri Pelancongan

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan


Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar


Datuk Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan


Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Datuk Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan


Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia


Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Seri Shafie Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Kong Cho Ha
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan



TIMBALAN MENTERI

Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Datuk S K Devamany
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Ahmad Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


T Murugiah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Datuk Chor Chee Heung
Timbalan Menteri Kewangan


Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein
Timbalan Menteri Kewangan


Jelaing anak Mersad
Timbalan Menteri Dalam Negeri


Datuk Wira Abu Seman Yusof
Timbalan Menteri Dalam Negeri


Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Datuk Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri Pertahanan


Datuk Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Luar Negeri


Senator A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri Luar Negeri


Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi


Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Johari Baharom
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Datuk Seri Sulaiman Rahman Abdul Taib
Timbalan Menteri Pelancongan


Datuk M Saravanan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan


Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar


Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri Pengangkutan


Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Pengangkutan


Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan


Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Datuk Yong Khoon Seng
Timbalan Menteri Kerja Raya


Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Senator Heng Seai Kie
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Senator Datuk Maznah Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia


Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Lajim Ukin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan


Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri Belia dan Sukan


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran


Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran