Blog Untuk UBK Sekolah

Saya terdorong untuk membuat blog UBK sekolah saya kerana ini akan memudahkan pelajar dan juga orang lain untuk melihat perkembangan UBK SMK Kapit N0.2. Di samping itu, sekolah ini juga masih tidak mempunyai laman web sendiri dan ini mendorong saya membuat laman blog ini. Diharap blog ini dapat membantu. Laman Blog ini boleh dilayari di alamat http://ubksmkkapit2.blogspot.com/

Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Antara Rumah SMK Kapit No.2 sesi 2011

Tidak lama lagi, SMK Kapit No.2 akan menganjurkan sukan antara rumah@sukan tahunan pada 24-27 Januari.Agak awal juga tahun ini kerana sekolah ini juga akan menjadi penganjur untuk MSSG kelak. Minggu ini, banyak aktiviti telah dilakukan. Latihan sukan, persediaan padang dan sebagainya. Agak sibuk juga dengan sukan ini. Diharap penganjurannya akan berjalan dengan lancar dan berharap rumah MUTIARA akan menang.

Persekitaran Baru

Inilah tempat baru saya bekerja sebagai kaunselor.Tapi gambar kat atas tu masih belum ditukar kepada YAB Dato Seri Najib.

Masa orientasi pelajar Tingkatan 1.Pelajar di sebelah saya tu masih di tingkatan 3 dan merupakan PRS yang aktif di sekolah saya. Hinggakan menyanyikan lagu sekolah sampai sakit tekak dan sengau-senagu.

Ini masa Program Restu Ilmu untuk Tingkatan 6 dan Tingkatan 5.Saya sedang memberikan taklimat kemasukan ke IPTA dan juga pengalaman di IPTA kepada peserta yang hadir.

Ini merupakan program Orientasi Tingkatan 4. Pelajar ini adalah sebahagian daripada lelaki yang hadir.

Bergambar dengan Cik Elizabeth (Kaunselor), Renny dan juga Pn Kong Mee Yoke (PK1) semasa program pemberian cenderahati kepada pelajar sebagai tanda ilmu direstui oleh Guru untuk Tingkatan 5 dan 6 Atas.