Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri DAN
Menteri Kewangan

KABINET 2009

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri DAN
Menteri Pelajaran
MENTERI


Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi)


Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II


Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri


Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan


Datuk Anifah Aman
Menteri Luar Negeri


Tan Sri Bernard Dompok
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Menteri Pelancongan

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan


Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar


Datuk Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan


Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Datuk Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan


Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia


Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Seri Shafie Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Kong Cho Ha
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan



TIMBALAN MENTERI

Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Datuk S K Devamany
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Ahmad Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


T Murugiah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Datuk Chor Chee Heung
Timbalan Menteri Kewangan


Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein
Timbalan Menteri Kewangan


Jelaing anak Mersad
Timbalan Menteri Dalam Negeri


Datuk Wira Abu Seman Yusof
Timbalan Menteri Dalam Negeri


Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Datuk Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri Pertahanan


Datuk Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Luar Negeri


Senator A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri Luar Negeri


Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi


Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Datuk Johari Baharom
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi


Datuk Seri Sulaiman Rahman Abdul Taib
Timbalan Menteri Pelancongan


Datuk M Saravanan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan


Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar


Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri Pengangkutan


Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Pengangkutan


Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan


Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Datuk Yong Khoon Seng
Timbalan Menteri Kerja Raya


Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Senator Heng Seai Kie
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Senator Datuk Maznah Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia


Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Datuk Lajim Ukin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan


Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri Belia dan Sukan


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran


Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran

pOLITIK...

'PERANG’ antara Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sudah sampai ke kemuncaknya. Awal pagi kelmarin, Tee Kiat mengumumkan bahawa Majlis Presiden menerima syor Jawatankuasa Disiplin parti memecat Dr Chua berhubung isu skandal seksnya. MCA kini bergolak semula. Walaupun, dalam reaksi pertamanya Dr Chua menerima keputusan itu dengan hati terbuka, namun beliau juga menyerahkan nasibnya kepada 1 juta ahli parti. Ini bermakna, beliau belum mengaku kalah kerana masih mahu menggunakan ‘talian hayat’. Daripada reaksinya, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari yang diberikan untuk berbuat demikian. Hanya ahli MCA yang boleh menentukan sama ada tindakan memecat Dr Chua itu boleh diterima atau sebaliknya. Di kalangan masyarakat Cina, Dr Chua mempunyai kekuatan tersendiri hingga membolehkan beliau memenangi jawatan kedua tertinggi dalam pemilihan parti pada Oktober 2008. Disebabkan isu dalam MCA ini menjadi perhatian umum, sudah tentulah selepas ini Dr Chua akan mengatur langkahnya untuk bertindak balas. Apa pun yang akan dilakukan, ia perlulah berasaskan kepada peraturan dan undang-undang parti dan negara. Ini termasuk membawa isu itu ke perhimpunan agung tergempar parti. Apa yang membimbangkan ialah masa depan MCA kerana selepas ini akan wujud kelompok-kelompok dalam parti itu yang berusaha untuk menaik atau menjatuhkan pemimpin kedua-dua pihak. Apa juga tindakan yang akan diambil selepas ini, ia mempunyai implikasi politik yang akhirnya akan memberi kesan kepada MCA.

Pemecatan Dr Chua ini tidak banyak berbeza dengan kes beberapa Timbalan Presiden dari Umno, MCA dan MIC yang dipecat sebelum ini. Ahli dan penyokong parti terbahagi dua kelompok. Akhirnya, pergolakan dalaman memberi kesan kepada keutuhan MCA serta Barisan Nasional (BN).

Krisis yang berlaku dalam MCA ini tidak membantu BN, sebaliknya akan dilihat negatif oleh rakyat. Sudah tentunya, ketika BN berusaha mengembalikan kekuatan parti serta sokongan dan keyakinan rakyat, pergolakan terbaru MCA ini boleh menjejaskan misi berkenaan.

Tee Keat dan Dr Chua mesti menyelesaikan kekalutan dalam MCA secepat mungkin melalui apa cara sekali pun yang tidak menjejas parti dan hilangnya kepercayaan masyarakat Cina terhadap parti itu. Jangan habiskan tenaga dan masa untuk bercakaran sesama sendiri sehingga tanggungjawab kepada parti dan ahli terabai. Jika masing-masing memikirkan masa depan parti mengatasi kepentingan peribadi maka pulihkan segera MCA.

Universiti di Indonesia digesa kaji semula sekat pelajar Malaysia

JAKARTA: Pegawai kanan Kementerian Pendidikan menyarankan Universiti Diponegoro Semarang menimbang semula keputusannya untuk tidak menerima pelajar Malaysia atas dasar semangat kenegaraan.

Pengarah Hal-Ehwal Universiti, Hendarman berkata universiti di Jawa Tengah itu yang dikenali sebagai Undip, perlu mengambil kira kesan positif dan negatif dasar yang diumumkan, Selasa lalu.

Universiti itu memberitahu, ia mengambil tindakan langsung selepas menerima maklum balas mengenai hubungan tegang di antara Malaysia dan Indonesia berhubung isu satu tarian tradisional Indonesia.

Rektor universiti Susilo Wibowo, menuduh Malaysia sentiasa menghina lambang kebanggaan Indonesia.

Beliau berkata, program kerjasama sedia ada dengan organisasi di Malaysia akan diteruskan sehingga ia berakhir, namun pelajar Malaysia tidak akan diterima selepas tahun akademik yang baru.

Tindakan itu, kata rektor adalah suara 'nasionalisme.'

Hendarman berkata, memiliki pelajar asing adalah satu bonus terutama bagi universiti yang menyasarkan untuk mendapat status antarabangsa.

Sementara itu, universiti lain yang turut mempunyai pelajar Malaysia memberi memberi isyarat kelmarin bahawa mereka tidak mempunyai perubahan rancangan.

Rektor Universiti Airlangga University di Surabaya, Jawa Timur, Fasich, berkata universitinya masih menerima pelajar Malaysia.

"Saya tidak fikir ia akan menjejaskan sektor pendidikan. Selagi kerajaan tidak memberi sebarang arahan, kita akan terus menerima mereka," katanya. � Agensi

Rotan kaedah terbaik tangani disiplin pelajar

Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

CADANGAN Kementerian Pelajaran melaksanakan semula hukuman rotan yang dihentikan pada 2006 dengan menggantikan kaedah kaunseling perlu dilakukan secara berhemah, termasuk berbincang dengan ibu bapa.

Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Azam Mat Atan, berkata pelaksanaan semula hukuman itu selepas sesi kaunseling gagal dilihat paling berkesan bagi mendisiplinkan pelajar terutama peringkat menengah.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaannya perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk terlebih dulu memberi amaran pertama, kedua dan ketiga kepada pelajar terbabit sebelum memanggil ibu bapa.

“Kami di sekolah hanya akan melaksanakan hukuman rotan jika keadaan semakin kritikal dan disiplin pelajar membimbangkan.

“Setiap hukuman dilaksanakan mereka berkelayakan. Ia dilakukan guru disiplin dengan disaksikan ahli jawatankuasa disiplin sekolah. Setiap hukuman akan direkodkan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau mengulas laporan akhbar ini baru-baru ini yang memetik Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengembalikan semula hukuman rotan sebagai tindakan akhir selepas sesi kaunseling gagal memulihkan disiplin pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan Persatuan Guru Malaysia, Jemale Paiman, berkata pihaknya yakin hukuman dilaksanakan sejak sekian lama itu kaedah terbaik menangani masalah disiplin pelajar.

“Saya yakin ibu bapa bersedia bekerjasama jika mereka dipanggil berbincang mengenai masalah disiplin anak mereka.

“Perbincangan dua pihak ini penting supaya menemui jalan penyelesaian terbaik, seterusnya sekolah tidak perlu melaksanakan hukuman rotan,” katanya.

Sambil menjelaskan pihaknya sudah memaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai cadangan kementerian itu, beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh merujuk persatuan berkenaan di sekolah anak masing-masing.

Mengenai pelaksanaannya pula, Jemale berkata, hukuman itu perlu dilaksanakan dengan berhemah termasuk memanggil saksi, manakala guru diarah melaksanakannya mestilah berwibawa.

Katanya, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, guru bertugas perlu merujuk pekeliling Kementerian Pelajaran berhubung perkara berkenaan bagi memastikan tindakan dibuat berdasarkan prosedur ditetapkan.

Debaran undian Liga Juara

Ferguson resah MU mungkin jumpa Real Madrid

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson pasti resah menunggu detik undian Liga Juara-Juara awal pagi ini, apabila menyedari Manchester United mungkin terpaksa berdepan Cristiano Ronaldo dan pasukan barunya, Real Madrid.

Gergasi Sepanyol itu mungkin memecahkan rekod dunia untuk mendapatkan Ronaldo pada harga £80 juta (RM464 juta), belum lagi £56 juta (RM324.8 juta) untuk Kaka dan pemain lain yang dibeli dengan harga tinggi, namun kehadiran mereka untuk undian di Monaco hanya selaku pilihan kedua bersama tujuh pasukan lain.

Ini bermakna salah satu daripada empat kelab Inggeris bakal diundi dalam kumpulan bersama dengan Madrid kerana United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal � yang membenam harapan Celtic di Stadium Emirates malam kelmarin � diletak selaku pilihan utama.

Malah, bagi pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti, dirinya pasti berdepan tugas lebih sukar daripada ancaman Madrid, bimbang anak buahnya turut diundi bersama dengan Inter Milan pimpinan Jose Mourinho.

Berpandukan autobiografi Ancelotti yang baru diterbitkan, dia nyata bukan peminat terhadap lelaki yang sebelum ini mengisi kerusi panas Stamford Bridge � dia secara terbuka menganggap dirinya istimewa seperti dirinya � dan idea bertentang dengan Mourinho dalam dua perlawanan kompetitif di awal tugasnya selepas berpindah dari AC Milan, adalah suatu yang cuba dielak.

Diundi dalam kumpulan termasuk Juventus, satu lagi bekas majikannya, mungkin juga suatu yang mahu cuba dielakkan Ancelotti.

Dengan kedudukan pasukan pilihan seumpama itu pada tahun ini, salah satu daripada kelab Inggeris pasti diundi dalam kumpulan maut. Selain tiga gergasi Eropah di kelompok kedua, masih ada lagi pasukan hebat yang diletakkan selaku pilihan ketiga dan keempat.

Dua pasukan akan layak dari setiap kumpulan tetapi tugas pasti sukar buat empat kelab Inggeris andai terpaksa turut berdepan dengan kelab seperti Atletico Madrid atau Stutrgart dalam kumpulan mereka atau mungkin juga pilihan keempat, Wolfsburg, juara dari Jerman. � Agens