Universiti di Indonesia digesa kaji semula sekat pelajar Malaysia

JAKARTA: Pegawai kanan Kementerian Pendidikan menyarankan Universiti Diponegoro Semarang menimbang semula keputusannya untuk tidak menerima pelajar Malaysia atas dasar semangat kenegaraan.

Pengarah Hal-Ehwal Universiti, Hendarman berkata universiti di Jawa Tengah itu yang dikenali sebagai Undip, perlu mengambil kira kesan positif dan negatif dasar yang diumumkan, Selasa lalu.

Universiti itu memberitahu, ia mengambil tindakan langsung selepas menerima maklum balas mengenai hubungan tegang di antara Malaysia dan Indonesia berhubung isu satu tarian tradisional Indonesia.

Rektor universiti Susilo Wibowo, menuduh Malaysia sentiasa menghina lambang kebanggaan Indonesia.

Beliau berkata, program kerjasama sedia ada dengan organisasi di Malaysia akan diteruskan sehingga ia berakhir, namun pelajar Malaysia tidak akan diterima selepas tahun akademik yang baru.

Tindakan itu, kata rektor adalah suara 'nasionalisme.'

Hendarman berkata, memiliki pelajar asing adalah satu bonus terutama bagi universiti yang menyasarkan untuk mendapat status antarabangsa.

Sementara itu, universiti lain yang turut mempunyai pelajar Malaysia memberi memberi isyarat kelmarin bahawa mereka tidak mempunyai perubahan rancangan.

Rektor Universiti Airlangga University di Surabaya, Jawa Timur, Fasich, berkata universitinya masih menerima pelajar Malaysia.

"Saya tidak fikir ia akan menjejaskan sektor pendidikan. Selagi kerajaan tidak memberi sebarang arahan, kita akan terus menerima mereka," katanya. � Agensi

No comments: