IQ?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon............

Gaya Bercinta Mana Satu?

Seringkali kali kita mendengar ungkapan, cinta itu buta, tanpa cintamu meranalah hidupku, cintaku padamu bak lautan membiru malah mungkin kita pun sendiri pernah mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangan kita. Secara pastinya kita sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada mengalami perasaan, berbicara dan meneroka alam percintaan. Rasa cinta itu telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita makhluknya yang mempunyai perasaan dan akal fikiran supaya dapat menikmati dan memberi rasa cinta itu kepada orang lain.
Pepatah mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Sejauh mana ketepatan ini boleh difahami oleh kita semua? Ini kerana ramai juga pasangan yang mengakui amat mencintai pasangan masing-masing, malahan ada yang sudah bertahun hidup sebumbung sebagai pasangan suami isteri berdasarkan cinta atau suka sama suka. Tetapi kenapa banyak rumah tangga yang dibina atas dasar kenal dan cinta ini roboh di tengah jalan?
cinta merupakan tarikan yang paling unggul di antara manusia. Cinta, kasih sayang dan kemesraan boleh memberikan keseronokan yang tidak terhingga pada diri manusia.cinta juga didapati sukar dan kompleks untuk untuk dikaji secara praktikal khususnya di dalam kajian-kajian yang bersifat eksperimental. Ini adalah kerana cinta tidak dapat dimanipulasikan di dalam makmal.

Di sini terdapat beberapa jenis gaya bercinta;

CINTA PERSAHABATAN – STORAGE
Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Cinta ini dikenali sebagai cinta kawan karib di mana pasangan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Terdapat juga pengamal yang lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam hubungannya.Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai sesorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, pengamal tidak akan menimbulkan kerisauan.

Manakala menurut Stemberg (1986) dalam buku Psikologi Sosial (1997), keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu. Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagian pasangan masing-masing. Di sini kedua-dua belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan emosi dan yang terlibat.dalam komunikasi yang intim.

4.2 CINTA ROMANTIS – EROS
Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. perkara-perkara lain yang membentuk nafsu ghairah ialah harga diri, pendampingan, dominan dan submisif. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat dan mereka yang mengayakan cinta jenis ini menikmati kegemilangan dalam cintanya..

Percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat
Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai yang sangat tinggi nilainya. Menurut Abdullah & Ainon (1993), bagi pengamal cinta ini, seandainya berlaku perpisahan, kepedihan ini boleh membunuh semangat untuk meneruskan kehidupan.

4.3 CINTA PERMAINAN - LUDUS
Ludus adalah cinta permainan. Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu masa. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi.
Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

4.4 CINTA LOGIKAL – PRAGMA
Pragma (gabungan storge dan ludus) atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Gaya bercinta ini merujuk kepada gaya bercinta di mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
Individu itu akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

4.5 CINTA PENGORBANAN – AGAPE
Gaya bercinta pengorbanan atau ‘agape’ merupakan satu gaya bercinta yang dimiliki oleh individu yang memperhambakan dirinya untuk cinta. Terdapat beberapa ciri yang boleh dilihat pada individu yang memiliki gaya bercinta jenis ini. Antaranya ialah mereka ini terdiri dari individu yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf terhadap pasangan. Pemilik cinta ini bersifat terlalu ekstrim dalam percintaan menyebabkan mereka terlalu penyabar terhadap apa jua kerenah orang yang dicintai. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang tersayang dan pengorbanan yang mereka lakukan menyebabkan pemikiran mereka terbatas

Pengamal gaya bercinta ini juga dikatakan bersikap terbuka kerana sanggup menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangan yang dicintai. Pengamal cinta pengorbanan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan gembira. Mereka sanggup mengenepikan cita-cita sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. Dengan kata lain pengamal cinta ini berkorban apa sahaja demi memenangi cinta dari pasangan mereka.
situasi ini sering berlaku pada lelaki yang mempunyai daya tarikan rendah, dia akan berasa serba kekurangan dan diselubungi ketakutan akan kehilangan kasih sayang si perempuan. Dalam keadaan begitu, si lelaki mula berasa tambah mencintai si perempuan dan akan berusaha membuktikan cintanya dengan melakukan apa sahaja asalkan si perempuan suka.

CINTA KEPUNYAAN – MANIA
Gaya cinta kepunyaan adalah merujuk kepada pengamal yang ingin memiliki pasangan untuk dirinya sendiri sahaja. Individu yang mengamalkan cinta ini bersifat cemburu dan sentiasa inginkan kekasihnya sentiasa ada bersamanya. Individu ini tidak suka kepada perpisahan dan mahukan semua aktiviti dilakukan bersama. Individu jenis ini amat mementingkan diri sendiri dan ini akan menimbulkan masalah kepada pasangan kerana ia terlalu kuat dengan perasaan mengawal, mengongkong dan memiliki pasangan. Dalam masa yang sama juga individu ini mahu dirinya dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu individu ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangannya.

REFLEKSI
Hidup berpasangan akan memberikan seribu satu kenangan dalam diri kita sepanjang perhubungan. Apa yang pasti, tidak semua dunia percintaan disulami dengan madu dan juga hempedu. Jika kita memilih untuk bercinta, pastikan dulu untuk kita bersedia memikul tanggungjawab sebagai kekasih. Dengan ini perlulah kita mengenali apakah kriteria gaya bercinta kita kerana hubungan cinta boleh membawa perubahan yang positif dan negatif dalam hidup seseorang. Sungguhpun dunia cinta, indah tidak terkata, namun kita perlulah bersedia untuk menghadapi situasi tegang andai kata berlakunya pergaduhan di antara pasangan itu. Apabila sesuatu keadaan itu sudah mencapai tahap maksimum, di sinilah tahap kesabaran akan teruji dan dalam masa yang sama mungkin timbul penyesalan kerana mempunyai pasangan sedimikian rupa.
Oleh itu, kita perlu ingat bahawa untuk mencari pasangan cinta bukanlah semudah yang disangkakan, kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kita sendiri juga perlu maklum dengan citarasa sendiri yang kadang kala ada yang tidak masuk akal. Justeru itu, sebelum kita mencari kesesuaian atau mencari pasangan bercinta, kita perlulah terlebih dahulu menilai diri sendiri terutama kelemahan-kelemahan yang kita ada dalam bercinta. Maka Inventori Gaya Bercinta Alaf Baru ini dapat memberi jawapan bagi mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan cinta seseorang itu. Inventori ini bukan sahaja sesuai bagi individu yang baru mula menjengok cinta bahkan juga kepada pasangan suami isteri yang telah lama hidup bersama agar lebih memahami perasaan cinta masing-masing untuk terus menjadi pasangan yang bahagia.